Sunday, 2 December 2012

what i'm thinking !

tanpa kita sedar,
ketabahan kita menjadi kekuatan bagi yang lain.




hidup baru

putusnya satu percintaan itu,tak bermakna putusnya satu persahabatan.
rela dan redha dengan keputusan seseorang itu lebih mulia dari kita terus memaksa dan memaksa.
andai tiada jodoh, terima dengan hati yang terbuka.
Mungkin sakit kini tapi pasti akan ada yang manis menanti.
Cuma sabar dan ikhlas dengan semua yang tertulis sejak azali.
Doakan yang terbaik buat dia dan kehidupannya.


frhnrlyn :)

Wednesday, 28 November 2012

untuk siapa

Aku menulis buat siapa ? , 
aku sendiri tertanya tanya . 
adakah pembacanya ?
Siapakah Gerangannya ?
Putera Raja mungkin juga ,  :)

Alangkah indahnya jika benar kekanda membaca entri dari adinda , 
Ouh kekanda ! 
Terima kasih kerana sudi membaca entri adinda , adinda tidak menyangka kekanda memilih adinda sebagai permaisuri hati kanda ! 
"Okay cukup berangan liyana,
tapi ia buat aku ketawa, kerana gembira . 
kau rasa apa yang aku rasa ? 
ehem , kau akan ketawa bila kau bahagia . 

frhnrlyn



ketikan ini

dunia yang kian hilang punca untuk terus bernafas . 
penghuninya bagai melupakan tanah asal penciptaannya.
cuma darah yang tidak berdosa terus membanjiri bumi yang kian lanjut dimamah usia , 
manusia terus lalai dan alpa pada yang Maha Berkuasa . 

Wednesday, 19 September 2012

kita kan kawan

assalamualaikum ,



what is friends ?
a friends is someone who think your life would be different if they didn't exist. 
a friend is someone who NEVER leave you out, you are ALWAYS included when you are with them. 
a friend is there for you , no matter what ! ,  

kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja kita nak  . Tetapi kita kena ingat dan tahu bagaimana cara untuk menjaga sesuatu persahabatan . Kita takkan dapat rasa apa yang kita rasa sekarang ni .
Kalau kita baik semua orang akan suka dekat kita kan  :D
sayangi sahabat kita ! , terima dia seadanya ..

*this entry for my dearest dup 5b yang manja :)
my oulls love uollss ! ,

sekian 
wassalam

frhnrlyn



Monday, 17 September 2012

Ya Rahman Ya Rahim


Firman Allah swt : 
"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya : mereka itulah orang-orang yang berhak yang mewarisi.
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus ; mereka kekal didalamnya" (Al-mu'minuun 9.10,11)

Solat itu tiang agama . Ini yang kita tahu dan wajib kita tahu . 

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah lebih besar (faedahnya dan kesannya)" (Al-'Annkabut : 45)

 solat itulah yang membawa kita dekat kepada Maha Pencipta .
Sekadar sisipan buat semua untuk dikongsi bersama . 

sekian 
wassalam

frhnrlyn 

kita budak awesome


bila kita tahu kita cantik , kita mula bangga diri
kita lupa ...
ini cuma pinjaman sementara
yang tidak akan kekal selama-lamanya
bersyukur atas apa yang ada 
itu lebih baik 
dari kita sombong tak tentu hala .

Kan b'sederhana itu lebih baik :D 

sekian 
wassalam 

frhnrlyn



bermula dengan satu ! ,


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


satu kisah
satu kisah yang membawa kepada sepuluh cerita
sepuluh cerita yang membawa kepada seratus seribu dan berakhir dengan berjuta juta makna . 
semua kita himpun semula menjadi satu 
Satu yang bermula dari kita . Ya , dari diri kita sendiri
Siapa kita , Allah yang tentukan . Semuanya telah tertulis dan termaktub sejak azali lagi . 
Mungkin kita tak sedar yang kita adalah watak yang kita cipta diatas pentas kita sendiri . 
Kita lah anak wayang dalam drama kita sendiri
Kita juga hero dan heroin untuk cerita kita . 
Sanggup atau tidak cerita kita di tayangkan di padang masyar nanti . 
Di hadapan kesemua makhluk ciptaan Ilahi . 
........
Aku sendiri terkedu dengan entri ini ! ,
sekian
wassalam

frhnrlyn







Wednesday, 12 September 2012

assalamualaikum pembuka bicara

kelahiran baru 
dahulunya merangkak disuruh berjalan
kini aku sudah berlari mengelilingi dunia sesawang tidak berhenti
Tahniah buat aku ! ,

blog lama aku 
cerita lama aku
sudah tertanam segala suka duka disana
aku pacakkan nisan keinsafan buat diri
takkan ku jejak ke sana lagi 

budakkecikdahbesar
ini yang terkini
mohon sudi menjadi pengikut sejati 
insyaallah bertemu kita lagi di lain entri 
frhnrlyn